Artikel

Petronas Untung RM55.1 bilion, Kerajaan Raih Dividen RM32 Bilion

Tahun 2024 memperlihatkan prestasi Petronas sedikit menurun berikutan perolehan keuntungan bersihnya merosot 32% kepada RM55.1 bilion. Lebih rendah berbanding tahun sebelumnya RM80.7 bilion.

Penurunan itu turut diperlihat pada pendapatan menyeluruh dengan catatan RM320 bilion, di mana susut 7% berbanding tahun sebelumnya.

Prestasi ini menurut operasi pengurusan didorong hasil ketidaktentuan pasaran dan tekanan kawal selia yang membawa kepada peralihan tumpuan operasi dalam pasaran global. Biarpun berdepan cabaran tersebut, pengurusan kewangan Petronas masih kekal dijamin stabil hasil sokongan kepelbagaian portfolio di bawah syarikat minyak da gas itu.

Berdasarkan keputusan itu, Petronas dijangka memberi dividen kepada kerajaan sebanyak RM32 bilion, amaun ini kekal sebagaimana yang disalurkan pada tahun 2024.