Biarpun terdapat pertimbangan melanjutkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke sempadan Thailand, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan usul tersebut masih diperingkat awal sebelum dimuktamadkan.
Cadangan ini untuk makluman telah dibangkitkan negara pada pertemuan bersama Presiden China Xi Jinping pada minggu ini berkaitan inisiatif Jalur dan Laluan China (BRI). China buat pengetahuan umum memainkan peranan penting dalam jajaran tersebut selaku pemaju utama iaitu China Communications Construction Company (CCCC) dan memiliki tanggungjawab besar pada segmen pembiayaan serta tenaga teknikal sekiranya Malaysia ingin melanjutkan jajaran ECRL ke sempadan Thailand.
Pertimbangan ini turut dibuat susulan laluan ECRL semasa tamat di stesen Kota Bharu dan sekitar 25 kilometer pula ditinjau akan membawa laluan kepada sempadan Thailand iaitu di Rantau Panjang. Dengan lanjutan tersebut, ini akan membuka lebih peluang ekonomi kepada Malaysia dan negara serantau secara berperingkat.
Ketika ini pertimbangan usul masih diperingkat awal dan kelak akan dikemuka di peringkat menteri bersama pegawai terlibat unruk perincian kos dan tindakan selanjutnya. Untuk makluman selain ECRL, Malaysia juga dalam usaha mewujudkan perkhidmatan keretapi kargo ke Bangkok, Thailand. Tindakan itu dijelaskan akan melibatkan kerjasama antara KTMB dan State Railway of Thailand (SRT), di mana berpotensi dilaksanakan pada tahun ini.