Artikel

Bilangan Jutawan Malaysia Dijangka Naik Dua Kali Ganda – Dalam Tempoh 10 Tahun 

HSBC Bank kini menjangkakan kumpulan orang kaya Malaysia akan terus alami pertambahan, di mana bilangan rakyat yang memiliki aset sekitar $250,000 (lebih RM1 juta) ini berpotensi naik dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun mendatang.

Sasaran ini menurut Ketua Kekayaan Antarabangsa Asia HSBC, Kai Zhang pada laporan pertumbuhan itu didorong hasil perubahan pengurusan kekayaan kalangan penduduk negara yang dilihat akan lebih berstruktur dan miliki pilihan pelaburan yang pelbagai.

Malah angka itu dilihat memiliki potensi untuk dicapai negara susulan matlamat Malaysia ingin tampil selaku negara berpendapatan tinggi dengan pelaburan yang lebih luar pada sektor berkemahiran tinggi kelak.

Berdasarkan laporan HSBC sebelum ini untuk pasaran Malaysia, biarpun terdapat 84% golongan kaya di Malaysia akui miliki perancangan kewangan yang stabil namun 48% daripadanya ingin kekal pendirian untuk terus bekerja biarpun telah bersara kelak. Keadaan ini susulan orang kaya di Malaysia dianggarkan perlu miliki RM3.6 juta sekiranya mereka ingin pencen dengan selesa. Melihat pada komitmen itu, maka tidak hairanlah jika kumpulan jutawan di Malaysia terus alami pertambahan secara berkala kelak.