Sebagaimana yang dilaksanakan oleh Indonesia, kini giliran Jepun pun memaklumkan ketersediaan mereka dalam meluaskan pelaburan bersama Amerika Syarikat (AS). Jepun kini bersetuju melabur $550 bilion di AS dan sebagai tindak balas, Jepun dikenakan tarif import 15% lebih rendah berbanding penetapan asal 25%.
Berdasarkan komitmen itu, pelaburan ini akan perlihatkan Jepun membuka pasaran dagangannya seperti automotif dan produk pertanian bersama AS. Susulan makluman itu, didapati saham pengeluar Mazda, Toyota, Honda dan Nissan dilihat alami peningkatan yang sekaligus memaparkan kelegaan pasaran berhubung pelarasan tarif import bersama AS.
Biarpun telah mencapai kesepakatan itu, Jepun mengambil pendirian untuk meneliti kembali perjanjian perdagangan tersebut sebelum berkongsikan kandungan penuh akan butiran rundingan kepada umum.