Artikel

Trump Umum Indonesia Dikenakan Tarif Import 19% – Menurun Daripada 32%

Hasil perjanjian perdagangan yang dicapai antara Indonesia dan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kini memaklumkan penurunan pengenaan tarif import ke atas Indonesia kepada 19% berbanding 32% sebelum ini.

Keputusan ini diraih setelah Indonesia bersetuju membeli $15 bilion tenaga, $4.5 bilion bekalan pertanian dan 50 pesawat Boeing dari AS.

Dengan pelarasan semula kadar tarif ini ia sekaligus memberi kelegaan kepada tekanan kos barangan Indonesia di pasaran AS menjelang 1 Ogos kelak. Namun tindakan Indonesia untuk membeli produk AS pada jumlah yang besar itu dilihat berupaya memberi kesan kepada komitmen negara tersebut untuk jangka masa panjang.

Sementara Malaysia masih lagi dalam proses rundingan dan optimis meraih keputusan yang lebih baik untuk melandaikan tekanan kos barangan tempatan di AS.