Artikel

Lebih Ramai Guna BNPL, Untuk Keperluan Penting Seperti Barangan Rumah Dan Insurans – Atome

Jika dahulu pengguna gemar memanfaatkan Beli Nanti Pakai Lekas (BNPL) pada pembelian barangan fesyen dan elektronik – kini tabiat tersebut dilihat mulai merubah apabila lebih ramai pengguna mula menggunakan untuk keperluan penting seperti pembelian insurans, barangan asas anak serta kediaman.

Corak perubahan pembelian ini jelas Atome tidak sekadar didorong akan tekanan kos semasa tetapi menuntut lebih ramai pengguna Malaysia bijak memanfaatkan aliran transaksi mereka berlandaskan kemudahan kewangan semasa.

Dengan tindakan tersebut, ia sekaligus menjadikan BNPL selaku pilihan pembayaran ketika tempoh kritikal susulan kemudahan kreditnya tidak menyukarkan pengguna untuk meraih akses tersebut berbanding pembiayaan melalui perbankan. Secara menyeluruh setakat 2024, lebih 149 juta transaksi telah direkodkan sepanjang tahun tersebut di mana menjelaskan berlakunya kenaikan 2 kali ganda berbanding 2023.

Pertumbuhan ini menurut Atome dijangka akan kekal meningkat berikutan perluasan e-dagang dan sokongan digital yang kian rancak di pasaran Malaysia.