Dalam usaha memberi pendedahan awal kepada generasi muda – negeri Johor kini miliki cadangan untuk perkenalkan had minimum umur belia seawal 16 tahun. Keperluan tersebut antaranya membenarkan kumpulan berpeluang menyertai pelbagai penglibatan rasmi seperti persatuan belia negara.
Tindakan itu bertujuan memastikan kumpulan belia negeri lebih terbuka dan membawa persediaan kepada kumpulan belia. Setakat ini insiatif dimaklumkan akan diteliti dan dikaji bersama Jabatan Pendidikan, Majlis Belia serta agensi berkaitan dalam masa terdekat.
Manakala berhubung tindakan menurunkan had maksimum usia belia kepada 30 tahun pula, Johor memaklumkan pentadbiran negeri masih lagi meneliti perihal tersebut. Buat pengetahuan umum, mulai 1 Januari 2026 – had usia belia di Malaysia akan dikuatkuasakan kepada 30 tahun berbanding 40 tahun.