Bermula 1 Januari 2026, had umur bagi kumpulan belia di Malaysia akan alami perubahan, beralih kepada had usia sehingga 30 tahun.
Ini bermakna, pada tempoh tersebut – had usia belia negara tidak lagi sehingga 40 tahun seperti penakrifan semasa.
Aturan penurunan had umur ini menurut Kementerian Belia dan Sukan telah diselaraskan bagi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 pada 1 Januari 2026.
Malah keputusan ini dimaklumkan telah dicapai Majlis Belia Malaysia (MBM). Hasil kebersamaan itu kerajaan telah bersetuju dengan tarikh kuat kuasa berkenaan, warta penetapan tarikh mula kuat kuasa telah pun disiarkan di laman sesawang Jabatan Peguam Negara pada 20 November 2023 lalu.
Tidak hanya Malaysia, beberapa negara serantau turut laksana penurunan had umur belia kepada 30 tahun dan lebih rendah – antaranya Indonesia 16-30 tahun, Filipina 15-30 tahun, Thailand 15-24 tahun, Korea 9-24 tahun, dan Australia 12-24 tahun.