Artikel

Hampir 95% Pekerja Menara KL Telah Bersetuju – Terima Tawaran Kekal Di Bawah Syarikat Konsesi Baharu

Bermula 1 April lalu, pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) kini telah alami perubahan syarikat konsesi dengan peralihan pimpinan di bawah LSH Service Masters untuk tempoh selama 20 tahun mendatang.

Maka pada peralihan tersebut, kini dimaklumkan hampir 95% pekerja daripada jumlah 205 pekerja telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu tersebut untuk kekal bertugas di bawah pengurusan LSHSM. Sementara baki kumpulan pekerja pula, dimaklumkan telah menerima tawaran lain serta bertindak untuk menamatkan tugas susulan faktor berusia.

Jelas operasi, tawaran manfaat yang disediakan adalah setara sebagaimana yang diraih kumpulan pekerja sebelum ini. Perolehan notis penamatan tugas yang dimaklumkan sebelum ini adalah sebahagian etika pada tindakan peralihan tersebut. Ini kerana tawaran pekerjaan baharu bersama manfaat setara telahpun diberikan kepada kumpulan pekerja.

Biarpun isu bersama pengawalan syarikat konsesi sebelumnya iaitu Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) masih lagi berlangsung susulan terdapat pertikaian akan tempoh lanjutan konsesi sehingga tahun 2039. Perihal tersebut diperjelaskan tidak akan menjejaskan operasi Menara Kl serta kebajikan kumpulan pekerja.