Artikel

ATM Raya 2025: Bank Islam Sedia ATM Khas Buat Pengeluaran Duit Raya, Bermula 17 Mac Ini

Seperti yang umum ketahui, tahun ini Bank Islam lebih pantas berbanding perbankan lain dengan menampilkan kemudahan tempahan tukar duit raya pada apliakasi BIMB Mobile mereka – yang dibuka pada 10 Mac sehingga 14 Mac 2025.

Akan tetapi, permintaan yang tinggi telah diperlihatkan susulan kuota tempahan pada BIMB Mobile telahpun penuh – namun usah bimbang, Bank Islam kini memaklumkan ketersediaan ATM Raya 2025 buat pengguna negara akan dilaksanakan bermula 17 Mac 2025 ini. Di mana pengguna boleh meraih perolehan duit raya pada cawangan ATM yang terpilih mulai tarikh tersebut. Akses ini melibatkan pengeluaran duit raya RM10, RM20, RM50 dan RM100.

Berdasarkan perkongsian Bank Islam bersama Rnggt, terdapat 17 cawangan ATM Raya 2025 Bank Islam tersedia untuk kemudahan pengguna mengeluarkan duit raya – antaranya adalah:

  • Kuala Lumpur – cawangan Menara Bank Islam
  • Selangor – cawangan Seksyen 18, Shah Alam
  • Negeri Sembilan – cawangan Nilai
  • Melaka – cawangan Ayer Keroh
  • Johor – cawangan Johor Bahru
  • Perak – cawangan Meru Raya
  • Pahang – cawangan Putra Square
  • Perlis – cawangan Kangar
  • Sabah – cawangan Alamesra
  • Pulau Pinang – cawangan Butterworth

Berikutan notis ini, diharap semua pihak peka akan akses ATM khusus yang disediakan hanyalah tertakluk kepada ketersediaan stok duit raya. Sebarang kesulitan, semua pihak boleh merujuk pada cawangan fizikal Bank Islam yang berdekatan dengan anda.