Artikel

Google Masih Dalam Semakan – Akan Aktifkan Semula Ciri Tukaran Ringgit Setelah Isu Teknikal Selesai

Rentetan terdapat pihak yang tidak berpuas hati berikutan tindakan Google menyahaktifkan ciri tukaran ringgit pada ruangan enjin carian tersebut – telah menyebabkan segelintir pihak sukar memperolehi data berkenaan tukaran asing ringgit, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan ia bukanlah arahan dari pihaknya.

Ini kerana Google mengambil langkah sedemikian setelah meraih maklum balas tegas dari Bank Negara Malaysia (BNM). Di mana telah berlakunya kesilapan dalam menerbitkan data kadar pertukaran ringgit sebanyak 2 kali pada tahun ini melibatkan 6 Februari dan 15 Mac 2024 lalu.

Kekeliruan data itu sekaligus telah menyebabkan berlakunya percanggahan data berkenaan nilai tukaran ringgit Malaysia.

Melihat pada isu tersebut, Google telah mengambil langkah menyahaktifkan ciri tersebut bagi menyelesaiakan isu teknikal yang didepani pihaknya. Malah Google juga turut dimaklumkan masih menjalankan ujian bersama pembekal data FX dan akan kembalikan ciri tersebut setelah pihaknya yakin isu penyiaran kesilapan data ini tidak berulang lagi.