Artikel

Mulai 28 Ogos Ini – Aplikasi Maybank2u MY Akan Ditamatkan, Pengguna Perlu Beralih Guna MAE 

Jika sebelum ini, Maybank memaklumkan pihaknya akan menghentikan langkah kemas-kini aplikasi Maybank2u MY dan pengguna baharu tidak lagi boleh memuat-turunya pada 30 Jun lalu – kini bermula 28 Ogos 2024, dimaklumkan aplikasi Maybank2u MY akan ditamatkan sepenuhnya.

Menerusi notis rasmi tersebut, ini bermakna pengguna Maybank tidak lagi boleh mengakses atau menggunakan sebarang fungsi aplikasi Maybank2u MY  selepas tarikh itu. Maka semua pengguna perlulah beralih sepenuh ke aplikasi MAE.

Maybank menjelaskan kesemua fungsi aplikasi Maybank2u MY akan tersedia dalam aplikasi MAE bersama sokongan ciri perbankan lain. Adanya peralihan itu, ia secara terus akan mengukuhkan lagi aspek keselamatan data pengguna dan menjadikan Secure2u satu-satunya ciri untuk pengesahan transaksi bersama pengguna di aplikasi MAE.

Susulan itu, sebarang persoalan lanjut – pengguna Maybank boleh layari laman rasmi perbankan atau ketahui perincian penggunaan MAE pada pautan ini.