Maybank kini memaklumkan, mulai 30 Jun 2024 – pihaknya akan memberhentikan semua kemas-kini aplikasi Maybank2u MY dan tidak lagi boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Ini bermakna untuk pengguna baharu, Maybank mengesyorkan buat pengguna untuk beralih ke aplikasi MAE Maybank.
Sementara pengguna yang telahpun memuat turun aplikasi Maybank2u MY pada peranti anda – selepas 30 Jun, aplikasi tersebut masih boleh diakses. Namun, kelak tiada langkah kemaskini akan dilakukan. Maka syor yang sama turut dimaklumkan untuk pengguna semasa beralih ke aplikasi MAE.
Pada aturan itu, MAE akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah ciri yang tersedia pada Maybank2u serta dijamin miliki langkah keselamatan yang baik untuk melindungi aktiviti perbankan atas talian pengguna.
Menerusi makluman itu, ini adalah sebahagian usaha Maybank dalam meningkatkan pengalaman perbankan atas talian pengguna bersama MAE. Sebarang maklumat lanjut boleh layari portal rasmi Maybank untuk perincian seterusnya.