Mulai hari ini (1 Ogos), sejumlah 5,000 syarikat mula melaksanakan e-Invois dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pada aturan itu, dianggarkan sekitar 21 juta e-Invois akan dikeluarkan syarikat pada setiap hari.
Pengeluaran e-Invois ini bagaimanapun untuk fasa 1 akan melibatkan sasaran syarikat dan pembayar cukai yang miliki pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta sahaja.
Menurut perkongsian Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Dewan Negara, sehingga hari ini lebih 800,000 e-Invois telah berjaya dihantar melaluio Pprtal MyInvois sementara 4 juta e-Invois pula telah berjaya dihantar menerusi kaedah API.
Adanya sokongan e-Invois ini ia secara langsung membantu pentadbiran negara memiliki rekod transaksi digital, meningkatkan kecekapan akan pengesanan aktiviti ekonomi semasa, analisa risiko pasaran dan aturan audit akan menjadi lebih lancar.
Memahami masih terdapat banyak syarikat, perniagaan kecil berdepan kesukaran penerapan rekod digital kini kelonggaran selama 6 bulan turut diberikan. Pada tempoh itu, tiada sebarang penalti dan denda akan dikenakan sekiranya berlaku ketidakpatuhan untuk membuka ruang pemain ekonomi memahami akan pengeluaran e-Invis tersebut.
Baca Lanjut: e-Invois-Ini Info Penting Yang Pembayar Cukai Perlu Tahu