Ke arah mendigitalkan rekod transaksi penjualan, pentadbiran kini menggesa semua syarikat dan perniagaan untuk turut serta mengambil bahagian pada manfaat e-invois yang akan diperkenalkan LHDN Ogos ini – termasuklah ke atas perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Namun Menteri Kementerian Digital Gobind Singh Deo pada acara e-Invois bersama MDEC dan Malaysia Digital hari ini akui penerapan tersebut berpotensi meningkatkan cabaran dan kos sokongan digital ke atas perniagaan negara. Menyedari kekangan itu, suatu penelitian lanjut akan disemak untuk membantu tekanan kos tersebut bersama PMKS negara.
Menerusi aturan itu, terdapat potensi cadangan ini akan diteliti pada input pembentangan Belanjawan 2025 kelak.
Setakat ini peniaga kecil tidak perlu khuatir – pelaksanaan e-Invois untuk peringkat awal pada 1 Ogos 2024 hanya akan membabitkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan melebihi RM100 juta sahaja. Selanjutnya keperluan itu akan dikenakan ke atas kumpulan yang miliki pendaptan atau jualan lebihi RM25 juta mulai 1 Januari 2025 dan dikenakan ke atas semua pembayar cukai mulai 1 Julai 2025 kelak.
Menerusi e-Invois ini akan memperlihatkan rekod transaksi secara digital yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli – merangkumi transaksi Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G). Menerusi pengenalan e-Invois pembayar cukai tidak lagi perlu menyediakan dokumen kertas ataupun pembuktian dokumen dalam format PDF,JPEG, DOC dan lain-lain.
Ketahui lanjut : Apa Itu e-Invois?