Tahukah anda, ibu kota negara Kuala Lumpur kini berada pada kedudukan ke-169 dalam senarai kesesakan trafik dunia. Di mana tinjauan Indeks Trafik 2023 ini memperincikan, secara puratanya penduduk di KL mengambil masa 16 minit 50 saat untuk setiap 10 kilometer.
Catatan itu untuk makluman telah memperlihatkan peningkatan 40 saat berbanding catatan tahun 2022.

Pada data itu, indeks trafik di bawah TomTom ini memperincikan pada waktu sibuk – pemandu petrol di KL kehilangan 81 jam setahun dan dianggarkan berdepan kerugian kos RM224 setahun disebabkan kesesakan pada tempoh tersebut. Sementara pemandu EV pula berdepan kerugian 172 kWh iaitu bersamaan 26 kali cas penuh disebabkan kesesakan teruk yang berlaku di pusat bandar.
Berdasarkan taburan mengikut negara Asia Tenggara pula, KL berada di kedudukan ke-4 sementara Manila-Filipina (1), Jakarta-Indonesia (2), Bangkok-Thailand (3) dan Singapura (5).

Manakala taburan global pula memperlihatkan London menjadi ibu kota paling sesak di dunia dengan purata masa kesesakan 37 minit 20 saat bagi setiap perjalanan 10km. Diikuti Dublin-Ireland (2) dan Toronto-Kanada (3).
Secara menyeluruh, melihat pada kedudukan tersebut Rnggt menjangka jumlah masa yang dibazirkan pemandu negara disebabkan kesesakan trafik teruk – akan terus meningkat. Ini kerana kesan pertambahan unit kenderaan di Malaysia. Setakat ini sahaja terdapat 36.6 juta kenderaan telah berdaftar di seluruh negara – jumlah itu menjadikan ia lebih tinggi berbanding anggaran populasi Malaysia 34 juta orang pada 2024.