Selaras dengan matlamat memiliki 600 cawangan menjelang 2027, dijangka FamilyMart akan terus perluaskan jenama mereka dengan membuka antara 60-90 cawangan baharu pada tahun 2025. Apa yang menarik, antara pembukaan cawangan ini akan beri tumpuan pada wilayah Pantai Timur.
Sasaran syarikat induknya, QL Resources (QL) dilihat akan terus menyokong pertumbuhan operasi. Setakat 2024 sahaja, pendapatan QL telah meningkat 7% didorong hasil lonjakan aktiviti perniagaan.
Ketika ini pendapatan segmen rangkaian kedai berteraskan nilai pengguna (CVS) diamati telah meningkat 26% susulan permintaan disokong hasil pembukaan 38 cawangan baharu. Secara menyeluruh menjadikan operasi kini miliki sejumlah 395 cawangan di seluruh negara.
Melihat pada dinamik itu mengikut firma penyelidikan Kenanga Research, syarikat induk terus mengekalkan sasaran prestasi mereka dengan meraih RM7.13 billion dalam pendapatan dan untung berish RM476 juta pada 2025. Sementara tahun 2026 pula dijangka mencapai RM7.48 bilion pendapatan, diikuti RM505 juta untung bersih.
Selain segmen peruncitan, QL turut disokong pelbagai varisi perniagaan antaranya penternakan bersepadu (ILF), pembuatan produk marin (MPM) serta segmen minyak sawit dan tenaga bersih (POCE).