Artikel

FamilyMart Jangka Miliki 600 Cawangan Di Malaysia – Menjelang 2027

Bagi memastikan penawaran perkhidmatan seiring dengan kemudahan pengguna, FamilyMart sejak Mac lalu telah bertindak menghentikan penjualan minuman alkohol di seluruh 360 permisnya di Malaysia.

Langkah produktif ini disusuli dengan matlamat pihaknya untuk meraih sokongan status halal di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Buat pengetahuan umum, ketika ini FamiCafe menjadi kafe kedai serbaneka pertama Malaysia yang menerima perakuan halal tersebut.

Untuk terus melestarikan produk mereka di Malaysia, QL Resources iaitu syarikat pemegang francais induk FamilyMart turut meletakkan sasaran untuk membuka 60 kedai FamilyMart setahun di Malaysia. Aturan itu sekaligus akan membawa kepada matlamat miliki 600 kedai menjelang 2027 di pasaran tempatan.

Setakat ini sejumlah RM200 juta telah dilaburkan bagi membuka 372 cawangan FamilyMart di negara, ini termasuklah pembukaan dua pusat pengeluarannya di Shah Alam.

Berdasarkan langkah di masa hadapan pula, QL pada kenyataan sidang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) minggu lalu terus optimis untuk lekasana pelaburan berjumlah RM100 juta bagi mewujudkan sekitar 300 cawangan lagi dalam tempoh 5 hingga 6 tahun mendatang.