Setelah meraih 51% kepentingan ekuiti pada jenama makanan segera A&W Malaysia ketika September 2021 – kini Pan Malaysia Corporation Bhd (PMC) merealisasikan matlamat mereka untuk meraih baki 49% kepentingan pada A&W Malaysia dengan nilai RM69,454,594 juta.
Angka penyelesaian perolehan itu pada makluman Bursa Malaysia telah dicapai pada 5 April lalu, melalui gabungan pembayaran tunai berjumlah RM41,672,757 juta dan pemindahan 11,127,352 saham biasa dalam PMC pada harga 25 sen sesaham kepada Inter Mark Resources.
Susulan aturan itu, Inter Mark akan memindahkan kesemua 30,380,000 saham A&W kepada syarikat.
Langkah ini sekaligus meluaskan lagi jejak PMC pada industri perniagaan makanan dan minuman (F&B) selain turut terlibat sama pada industri pembuatan, pemasaran dan pengedaran produk manisan berasaskan koko pada pasaran.