Artikel

Pan Malaysia Beli 51% Kepentingan A&W Malaysia

Pan Malaysia Corporation (PMC), adalah syarikat pemegang pelaburan. Melalui anak-anak syarikatnya, Kumpulan PMC terlibat dalam pemegang pelaburan, penyediaan perkhidmatan pengurusan dan pembuatan, pemasaran serta pengedaran produk-produk makanan dan manisan berasaskan koko.

Kini PMC mula teralih kepada A&W Malaysia, apabila membuat keputusan untuk membeli 51% saham milik syarikat makanan segera tersebut.

Kenyataan Bursa Malaysia semalam, didasari melalui perjanjian jual dan beli PMC bersama Inter Mak Resources, bagi mengambil-alih 31.62 juta saham dalam A&W (M) Sdn Bhd.

Usul pembelian itu secara keseluruhannya bernilai RM21.04 juta dan ia akan dilaksanakan dengan kaedag gabungan tunai (RM11.57 juta), sementara pemindahan 63.11 juta saham pada harga 15 sen sesaham iaitu berjumlah RM9.47 juta.

Bagaimanapun, penjualan tersebut hanya akan diselesaikan setelah IMR miliki kebenaran daripada A Great American Brand International Pte LTd (AGABI) untuk menamatkan perjanjian francais antarabangsa serta perjanjian pembangunan yang dilakukan pada 1 Julai 2019 lalu.

Dan dijangka sasaran muktamadkan pelaksanaan ini mengambil tempoh 6 bulan dari tarikh yang dipersetujui IMR dan PMC.

Untuk makluman, setelah peralihan ini – ia akan memperlihatkan Pan Malaysia memiliki 51% kepentingan A&W Malaysia, sementara bakinya 49% adalah milik IMR pada rangkaian restoran makanan segera ini.