Bangsar Heights Pavilion – anak syarikat Kumpulan Bangsar Heights yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun membangunkan hartanah di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia, menandatangani perjanjian kerjasama dengan Hyatt Hotels Corporation, salah satu gergasi perhotelan di dunia bagi mengendalikan hotel Hyatt Place Johor Bahru.

Menerusi perjanjian kerjasama ini, Bangsar Heights Pavilion akan mengendalikan Hotel Hyatt Place Johor Bahru yang terletak di Quayside JBCC, salah satu lokasi yang turut menempatkan pusat membeli-belah serta hiburan. Hotel ini yang mempunyai 200 bilik, terletak di lokasi strategik yang hanya 10 minit waktu berjalan kaki ke Kompleks Imigresen Johor Bahru, RTS Bukit Chagar yang dijangka siap pada 2026, dan Tambak Johor. Dengan kombinasi pusat komersil, hotel, dan hiburan ini bakal meletakkan nilai kasar pembangunan sekitar RM 600 juta.

Kesemua bilik di Hyatt Place Johor Bahru turut membawakan kemasan serta perabot yang memudahkan warga kerja mahupun keluarga untuk berehat atau bekerja, dengan adanya kemudahan yang beroperasi 24 jam, antaranya kedai serbaneka, gimnasium dan kolam renang, apartmen berservis dan pelbagai lagi. Ini diperkuat lagi dengan pengalaman mereka dalam membangunkan lebih 50 projek hartanah dengan nilai kasar melebihi RM 5 bilion.
Dengan kerjasama antara Bangsar Heights Pavilion dan Hyatt Hotels Corporation ini, bakal menyaksikan pertumbuhan di Johor Bahru mengambil manfaat dengan kesepakatan penubuhan Zon Ekonomi Khas antara Johor & Singapura (JS-SEZ) yang telahpun ditandatangani pada Januari lalu.