Artikel

Malaysia Dan Singapura Ingin Bangunkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)

Hari ini, ia diumumkan yang mana kerajaan Malaysia dan juga Singapura telah memeterai perjanjian untuk menubuhkan satu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). Langkah ini akan membawa kepada pelbagai rundingan lanjutan dalam membentuk Zon Ekonomi Khas. Rundingan ini dijangka dimuktamadkan menjelang penghujung tahun ini.

Dibawah zon ekonomi khas ini, beberapa perkara dilihat, termasuk memfokuskan kepada saling keterhubungan antara Johor dan Singapura yang mempercepatkan lagi pergerakan manusia, barangan dan perdagangan antara negara. Ini secara tidak langsung dijangka akan turut menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor.

Johor juga dijangka akan menarik lebih banyak pelaburan antarabangsa melalui kemudahan antara negara ini.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pembentukkan Zon Ekonomi Khas yang akan menguntungkan kedua-dua negara.