Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan berkongsi sasaran baharu, menyatakan ingin membina sekurang-kurangnya 50 taman rekreasi awam setiap tahun, di seluruh Malaysia. Untuk tujuan berkenaan, peruntukkan sebanyak RM500,000 akan disediakan untuk setiap taman rekreasi berkenaan.
Dengan langkah ini, ia dijangka akan menyediakan persekitaran yang lebih hijau untuk penduduk sekitar di kawasan perumahan, disamping selesa dan selamat.
Pada masa yang sama, kerajaan akan turut meningkatkan penglibatan komuniti setempat dengan mengalakkan orang ramai sumbangkan benih pokok – dan pokok berkenaan akan dinamakan atas nama keluarga masing-masing.