Artikel

KPKT Dijenamakan Semula Sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

KPKT merupakan salah satu kementerian memfokuskan kepada pembangunan setempat, perumahan, dan juga kerajaan tempatan. Ia sebelum ini dikenali dengan nama penuh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, dan kini melalui proses penjenamaan baharu yang lebih memperlihatkan tugas kementerian berkenaan.

Dibawah penjenamaan baharu ini, KPKT menggunakan nama penuhnya sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dengan perubahan ini juga, KPKT akan diperkasa dengan lapan fungsi utama baharu, iaitu dengan fokus terhadap Perumahan Mampu Milik, Perancangan Bandar, Pembangunan Landskap, Pemerkasaan Kerajaan Tempatan, Kebombaan & Penyelamatan, Pengurusan Sisa Pepejal, Pendayaupayaan Komuniti, dan juga Kredit Komuniti & Pajak Gadai.