Pada tahun lepas, ia telah dikongsikan yang mana Selangor akan mewujudkan Lembah Klang Raya, yang mengabungkan Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, dan juga Klang. Lanjutan daripadanya, kini Menteri Besar Selangor menyatakan akan berbincang dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam memberikan status Zon Ekonomi Khas untuk Lembah Klang Raya.
Ini sekaligus dijangka akan membolehkan ia menandingi dan menjadi alternatif kepada Singapura, Greater Seoul dan Greater Tokyo.
Pada hari ini, Lembah Klang Raya menghimpunkan 3.4 juta penduduk, iaitu lebih 10% penduduk Malaysia. Sejumlah fokus boleh diberikan pada kawasan Lembah Klang Raya ini dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan, terutamanya dalam industri digital.