Artikel

Lembah Klang Raya Bakal Diwujudkan Bersama Dana RM2 Juta – Satukan Sistem PBT Di PJ, Subang Jaya, Shah Alam & Klang

Untuk memastiikan persekitaran yang lebih kondusif diraih penduduk negeri Selangor, pentadniran negeri kini memaklumkan akan memperuntukan RM2 juta untuk memulakan Lembah Klang Raya, iaitu satu sistem pentadbiran yang akan menyatukan pemantauan ke atas empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang. 

Langkah ini secara langsung akan mewujudkan pentadbiran yang lebih lancar bersama penduduk dan komuiti perniagaan – ini akan memperkasakan usaha proses permohonan perniagaan, pelesenan dan kelulusan. 

Lebih menarik, pada pembentangan negeri sebentar tadi, aturan ini turut akan bertindak menyediakan simulasi digital seperti pengurusan trafik, bencana, proses pembangunan serta reka bentuk pembangunan lokasi. 

Malah kerajaan negeri berhasrat juga melalui pembentukan Lembah Klang Raya ini, ia akan menjadi lokaliti pentadbiran pertama yang mesra warga emas, OKU, mesra kanak-kanak dan bandar neutral karbon pertama di Malaysia.