DBKL kini memaklumkan akan mengenakan caj sebanyak RM1 bagi setiap perjalanan, kepada pengguna bukan warganegara yang menggunakan perkhidmatan bas GOKL. Implementasi ini akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2024 kelak.
Pengguna rakyat Malaysia masih boleh menggunakan perkhidmatan bas GOKL secara percuma seperti biasa.
Mengikut data DBKL, sekitar 30,000 pengguna menggunakan perkhidmatan bas GOKL setiap hari, atau sekitar 918,000 pengguna setiap bulan. Ia pernah dikongsikan sebelum ini, hampir 45% pengguna GOKL adalah bukan warganegara.
Berdasarkan statistik, ia dianggar DBKL menjana pendapatan sekitar RM2 juta melalui caj terhadap pengguna warganegara ini.