Ternyata 45.2% penggunaan kemudahan bas percuma GoKL di negara telah di manfaatkan oleh warga asing.
Namun berdasarkan sidang Dewan Negara hari ini (10 Ogos) susulan dapatan itu, terdapat pertimbangan untuk mencadangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan caj ke atas pengguna warga asing.
Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan (KWP) sekiranya pengenaan caj RM1 tambang dilaksanakan, dalam tempoh sebulan sekitar RM9.2 juta dapat dijana negara.
Bagaimanapun rancangan itu masih di peringkat semakan dan ia menjadi antara tumpuan untuk meningkatkan semula kualiti pengangkutan awam di bandar KL.