GX Bank Berhad, bank digital yang diterajui Grab secara rasminya kini membolehkan semua pengguna di Malaysia merasai aksesnya aplikasi kewangannya setelah laksana ujian beta bersama 20,000 pengguna terpilih sebelum ini.
Pembukaan akses GXBank ini secara langsung akan membenarkan pengguna membuka Akaun Simpanan GXBank dan dapat mencipta sehingga 10 Pockets, di mana akses ini berupaya membantu pengguna mewujudkan medium simpanan tambahan.
Menerusi segmen Pockets, pengguna akan meraih faedah harian sehingga 3% setiap tahun dan boleh memantau aliran simpanan mereka serta menerima tatacara mempercepatkan matlamat simpanan mereka dari semasa ke semasa.
Antara akses lain yang turut akan disertakan buat kemudahan kewangan pengguna adalah menikmati manfaat pengecualian yuran pemprosesan RM1 ketika laksana pengeluaran tunai di mesin ATM MEPS dan kelak pengguna turut boleh meraih pulangan tunai pada setiap perbelanjaan dengan memautkan kad debit pengguna pada aplikasi.
Selain memastikan pengguna meraih akses kewangan yang lebih baik, perlindungan keselamatan turut diutamakan apabila setiap deposit dijamin dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit.
Aplikasi juga membolehkan pengguna mengehadkan perbelanjaan harian mereka untuk membantu menapis pengguna agar tidak berbelanja secara berlebihan.
Namun perlu diingatkan semua pihak penawaran produk kewangan di bawah GXBank ini adalah tidak tertakluk dengan pematuhan syariah berikutan perolehan lesen bank digital GXBank ini di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK).
Hanya dua pengendali bank digital sahaja meraih pematuhan syariah di bawah lesen Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) BNM.
Maka menerusi penjelasan ini, diharap pengguna Malaysia peka akan pelaksanaan lesen 5 bank digital di negara. Susulan itu, untuk rasai akses tersebut semua pengguna di Malaysia kini boleh memuat turun aplikasi GXBank pada peranti pintar iPhone dan Android anda.