Artikel

India Kini Hadkan Eksport Bawang – Ingin Utamakan Bekalan Dalam Negara

Setelah bertindak mengenakan cukai 40% eksport ke atas bekalan bawang pada Ogos lalu – India kini meningkatkan lagi aturan tersebut dengan melaksanakan harga eksport minimum sekitar $800 setan.

Tindakan ini menurut Kementerian Hal Ehwal Pengguna India akan dikekalkan sehingga akhir 2023 kelak.

Tujuan sedemikian untuk mengutamakan bekalan buat pasaran domestik mereka dan memastikan harga semasa tidak mengugat penduduk India, bersama kuantiti bekalan simpanan 2023 mereka.

Setakat ini, dimaklumkan penduduk India telah mulai berdepan kenaikan harga bawang di wilayah Delhi dan disasar akan terus alami peningkatan kos sehingga 40%. Berikutan tindakan tersebut, ini secara langsung akan memberi kesan luar kepada negara pengimport. Antaranya Malaysia, yang memiliki permintaan tinggi bawang dari India sekitar 57% pembekalan.