Artikel

India Umum Kenakan 40% Duti Eksport Ke Atas Bawang – Disasar Pengaruhi Harga Pasaran

India, pengeksport bawang terbesar dunia – kini mengumumkan laksana pengenaan 40% duti eksport ke atas bawang, berkuat kuasa secara serta-merta untuk pasaran global.

Pengenaan 40% duti eksport ini dimaklumkan akan berlarutan sehingga tempoh 31 Disember 2023 kelak. Tindakan ini difahamkan adalah tindak-balas India untuk mengatasi lonjakan inflasi runcit yang didepani pasaran domestik mereka.

Bagaimanapun langkah itu secara langsung akan memberi kesan kepada Malaysia antaranya – yang merupakan pasaran terbesar dalam mengimport bekalan bawang dari India. Situasi ini dijangka akan pengaruhi dan memberi kesan kos di peringkat pengeluar, seterusnya impak pelarasan harga ke atas pengguna di pasaran.

Selain bawang, India sebelum ini turut bertindak mengenakan sekatan eksport bagi bekalan beras bukan basmati pada pasaran global, untuk mengimbangi pengeluaran bagi bekalan domestik mereka. Selain bawang, India juga merupakan penyumbang sekitar 40% daripada sumber beras yang dieksport di seluruh dunia.