Artikel

Grab Sedia Ciri ‘Stamp Card’ – Bolehkan Pengguna Raih Ganjaran Di Aplikasi, Kedai Fizikal Mulai Nov 2023

Menyedari terdapat 89% rakyat Malaysia berdepan tekanan kos sara hidup yang tinggi pada pasaran semasa – Grab kini terus memperluaskan lagi usaha kemudahan pada penawaran produk mereka, antaranya menampilkan penjimatan yang lebih berganda buat para pengguna. 

Grab Malaysia hari ini (18 Oktober) memperlihatkan beberapa inisiatif dan pengenalan ciri baharu pada aplikasi mereka bersama Rnggt – antaranya adalah penampilan ciri Stamp Cards ataupun Kad Setem, yang bertindak selaku kad pengumpulan mata kepada pengguna bagi setiap pembelian produk serta makanan di bawah aplikasi Grab. 

Menurut Ketua Pemasaran Grab Malaysia, Hassan Alsagoff pada sesi perkongsian hari ini menjelaskan ciri tersebut akan membantu pengguna meraih ganjaran yang lebih menarik bersama para peniaga sebagai tanda penghargaan kesetiaan mereka bagi setiap pembelian dalam beberapa tempoh.

Untuk peringkat awal, di maklumkan ciri ini akan diuji bersama beberapa peniaga terpilih bagi lokaliti di Lembah Klang. Lebih menarik ujian rintis ini akan tersedia buat semua pengguna bagi menambah-baik keperluan ciri sebelum dilaksanakan secara menyeluruh bersama kumpulan peniaga Grab. 

Berdasarkan perincian lanjut, Hassan turut menjelaskan ciri ini tidak hanya terpakai pada pembelian secara atas talian di aplikasi Grab sahaja, malah bagi sebarang pembelian secara fizikal di kedai perniagaan berkaitan juga turut akan meningkatkan tahap kesetiaan pengguna pada aplikasi Grab

Ini bermakna, pengguna boleh menebus ganjaran dengan menggunakan Kad Setem di aplikasi Grab ketika membeli secara fizikal di kedai berkenaan. 

Selain daripada pemerkasaan ciri ini, Grab turut akan meluaskan lagi ciri seperti baucar makan di dalam restauran dengan menggandakan tawaran baucar untuk beri penjimatan lebih baik kepada pengguna, di samping meningkatkan lagi maklumat tambahan berhubung penawaran perkhidmatan kepada pengguna. Langkah ini sekaligus akan membantu pengguna dalam membuat keputusan bagi sebarang pembelian bersama Grab.

Tidak hanya itu, Grab turut memaklumkan akan menambah-baik ciri pelan GrabUnlimited mereka dengan penjimatan berganda bersama penawaran pelan jangka panjang mulai Disember 2023 kelak. Bermula tempoh tersebut, pengguna akan meraih penawaran GrabUnlimited pada 3 pilihan iaitu :

  • 1 bulan dengan kos RM4.90,
  • 6 bulan dengan RM4.50/sebulan
  • 12 bulan dengan harga langganan RM3.99/sebulan

Aturan ini sekaligus membolehkan pengguna nikmati penjimatan lebih berganda pada harga langganan di bawah pelan GrabUnlimited.

Secara menyeluruh, setakat ini pengguna Malaysia telah berjaya meraih penjimatan lebih RM27 juta melalui ciri Saver Delivery di bawah GrabFood. Manfaat itu secara langusng menjadikan Malaysia antara negara yang paling ramai memilih penjimatan bersama Grab dengan satu pertiga daripada jumlah pesanan makan di negara pada ciri tersebut. 

Menerusi prestasi itu, adanya pemerkasaan Grab pada ciri baharu ini – ia dijangka meningkatkan lagi penjimatan pengguna Grab Malaysia di masa hadapan. Usaha ini sekaligus membantu rakyat negara meraih manfaat disebalik tekanan kos semasa dan aliran tunai menjadi lebih seimbang.