Artikel

Vietnam, Kemboja Nyata Hasrat Guna Ringgit Dalam Perdagangan – PM Anwar

Setelah China, Thailand dan Indonesia menyatakan persetujuan menggunakan Ringgit dalam aturan perdagangan – kini Vietnam dan Kemboja pula turut menzahirkan hasrat yang sama bersama perdagangan Malaysia.

Kesepakatan itu, secara terus akan membantu negara mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) serta mengukuhkan lagi nilai Ringgit dalam aliran perdagangan global.

Makluman ini dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika sesi pertanyaan Menteri dilaksanakan pada pagi ini di sidang Dewan Rakyat. Menurut perkongsian itu, Vietnam dan Kemboja telah memberi perakuan menerusi perjanjian Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF) pada sidang kemuncak ASEAN tahun ini.