Artikel

PM Anwar : China, Indonesia Dan Thailand Setuju Guna Ringgit Dalam Perdagangan

Sebagai langkah mengukuhkan nilai ringgit pada aliran perdagangan global dan mengurangkan kebergantungan terhadap dolar AS, kini didapati China, Indonesia dan Thailand antara negara yang bersetuju untuk menggunakan mata wang ringgit (RM) dalam urusan perdagangan. 

Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan (MOF) pada sidang Dewan Rakyat hari ini – berdasarkan data semasa sebanyak 28% urusan pelaburan besar  Malaysia bersama negara berkenaan telahpun menggunakan nilai ringgit dalam sesi urus-niaga. Tindakan itu secara langsung membantu negara perkukuhkan lagi nilai mata wang ringgit. 

Selain mengurangkan kebergantungan, faktor kebimbangan ke atas kelembapan ekonomi global serta kenaikan faedah di AS juga turut menjadi punca kepada tindakan tersebut dilaksanakan. Sejak awal tahun lalu, ringgit menjadi antara mata wang yang terjejas dengan menyusut 6.5% sehingga 6 Oktober lalu. Bagaimanapun penyusutan ini diperhatikan tidak separah Yen-Jepun yang telah memaparkan penyusutan 10.8% susulan kekuatan dolar AS.

Selain daripada usaha mengukuhkan semula nilai ringgit, pentadbiran bersama Bank Negara Malaysia (BNM) turut menjangkakan perkembangan ekonomi negara akan terus memulih pada akhir tahun ini. Ia didorogn hasil kemasukan pelaburan dan pengukuhan ringgit secara berperingkat.