Artikel

Touch ‘n Go Jangka Miliki 4 Juta Pengguna RFID – Menjelang Akhir 2024 

Selari dengan perkembangan akses teknologi, Touch ‘n Go optimis perluasan khidmat Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) mereka berupaya mencapai 4 juta pengguna menjelang akhir 2024 kelak.

Setakat ini, sekitar 3 juta pelanggan telahpun memanfaatkan kemudahan RFID dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat pada tahun hadapan mengikut pengamatan TNG. Pertumbuhan ini menurut TNG turut disokong hasil kerjasama mereka dalam perluaskan peranan RFID, yang tidak hanya tertakluk kepada pembayaran tol semata tetapi kini boleh digunakan pengguna untuk pembayaran petrol tanpa sentuh bersama Shell.

Selain itu, adanya kempen berterusan seperti terbaharu bersama Pulau Pinang untuk menggalakkan penggunaan bayaran secara nirtunai bersama TNG diperkasa – tindakan ini turut akan mengukuhkan lagi kehadiran TNG di pasaran tempatan.

Seperti yang umum ketahui, usaha ini senada dengan matlamat Pulau Pinang yang ingin ke arah 100% penerapan nirtunai menjelang tahun 2030.