Selepas Rayneo Teo memaklumkan pengunduran dirinya selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MYAirline pada minggu lalu – hari ini, pasaran penerbangan negara dikejutkan dengan notis bahawa operasi MYAirline digantung berkuat kuasa serta-merta pada hari ini (12 Oktober).
Langkah itu diambil kesan tekanan status kewangan yang didepani operasi, di samping aturan penstrukturan semula dijangka akan dilaksanakan bagi memulihkan semula prestasi mereka.
Berikutan notis ini, semua penumpang yang telah membeli tiket penerbangan bersama MYAirline dimaklumkan untuk segera merujuk pada [email protected] bagi mendapat maklum-balas berhubung perjalanan penerbangan mereka yang terjejas.
Melihat pada situasi ini, ia sekaligus menangguhkan hasrat MYAirline untuk merealisasikan matlamat mereka memasuki IPO menjelang tahun 2026 kelak.