Artikel

Rayner Teo Letak Jawatan Selaku CEO MYAirline

Setelah mengambilkira masalah kesihatan yang didepani, Rayner Teo kini diumumkan telah meletak jawatan selaku Ketua Pegawai  Eksekutif (CEO) MYAirline Sdn Bhd – makluman pengunduran ini difahamkan telah berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2023 lalu.

Berikutan aturan itu, hasil kesepakatan lembaga pengarah operasi – pihaknya telah bersetuju untuk menjadikan Stuart Cross merangkap Ketua Pegawai Operasi MYAirline, memikul peranan selaku CEO interim MYAirline.

Pelaksanaan ini bagi tujuan untuk memastikan operasi syarikat penerbangan tambang rendah tersebut kekal stabil sehingga lantikan CEO baharu dilaksanakan dalam tempoh terdekat selepas operasi meraih kelulusan kawal selia.