Artikel

DHL Express Akan Naikkan Caj Perkhidmatan Secara Purata 4.9% – Mulai 1 Januari 2024

DHL Express bermula awal tahun hadapan, memaklumkan akan menaikkan harga caj perkhidmatan mereka secara puratanya 4.9% pada 1 Januari 2024. 

Tindakan ini secara langsung akan memperlihatkan beberapa perkhidmatan serta surcaj akan diselaraskan ke atas pengguna. Langkah ini menurut DHL dipengaruhi persekitaran ekonomi yang masih dalam fasa pemulihan. 

Adanya pelarasan baharu ini, DHL menjangkakan pelaburan yang lebih mampan dapat dilaksanakan dalam penyelesaian operasi, penghantaran dan meningkatkan fleksibiliti rangkaian DHL secara berkala. 

Caj baharu ini juga turut diambilkira kesan tekanan inflasi dan dinamik mata wang negara yang secara langsung memberi kesan kepada kos operasi DHL. Buat pengetahuan umum, ini bukanlah kali pertama DHL melaksanakan tindakan sedemikian, tahun lalu pihaknya turut telah menaikkan caj perkhidmatan secara purata 7.9% pada Januari 2023

Melalui perubahan caj ini, diharap semua pengguna peka akan pelarasan tersebut. Sebarang makluman lanjut, para pengguna boleh layari pautan DHL Express Malaysia rasmi untuk perincian seterusnya.