Artikel

DHL Express Akan Naikkan Caj Perkhidmatan Secara Purata 7.9% – Mulai 1 Januari 2023

DHL Express, hari ini (26 September) memaklumkan pihaknya akan menaikkan harga caj perkhidmatan mereka secara purata 7.9% bermula 1 Januari 2023 kelak.

Langkah pelarasan kos ini didorong berpandukan kepada tekanan inflasi, aliran mata wang dan keperluan kos pentadbiran untuk mengukuhkan langkah pengawalseliaan dan keselamatan operasi.

DHL Express turut memaklumkan langkah ini akan membenarkan syarikat logistik berupaya melabur pada infrastruktur dan teknologi perkhidmatan mereka ke arah penawaran yang lebih baik.

Ini termasuk menaik-taraf kenderaan dan fasiliti mereka demi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin melonjak. Pada masa yang sama syarikat juga turut bersedia meningkatkan dana pada segmen kelestarian dari semasa ke semasa.

Sebarang makluman lanjut, para pengguna boleh layari pautan DHL Express rasmi untuk perincian seterusnya.