Artikel

Malaysia Optimis Tamatkan Beg Plastik Sekali Guna Secara Berperingkat – Capai Misi Lestari 2025

Untuk memastikan hala tuju kelestarian negara seiring dengan matlamat, Malaysia kini dalam usaha promosikan alternatif dan bahan mampan dalam pengeluaran plastik yang lebih mesra alam kepada pengguna. Tindakan ini sekaligus membantu negara menghapuskan penggunaan beg plastik sekali guna secara berperingkatsehingga mencapai matlamat bebas beg plastik pada 2025 dalam semua premis dan sektor perniagaan di negara

Peralihan kepada plastik mesra alam atau terbiodegradasi ini menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada sidang Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030, diperhatikan tidak sekadar meningkatkan usaha kelestarian peniaga tetapi turut memudahkan proses penghapusan produknya tanpa perlu dihantar ke kilang atau logi untuk dikitar semula – berikutan bahannya boleh terurai secara semula jadi. 

Namun kementerian kekal akui isu peralihan ini pastikan akan dikaitkan dengan kos, susulan kos plastik konvensional adalah 10% lebih rendah berbanding penggunaan plastik terbiodegradasi. Akan tetapi pemain industri kekal meraih manfaat pada penjimatan kos penghapusan produk pada peralihan tersebut. 

Setakat ini kementerian akan terus mengikuti Dasar dan Pelan Tindakan Sisa Marin Kebangsaan 2021-2030 dan perkasakan usaha bersama The Ocean Cleanup dalam sokongan teknologi tuntuk tingkatkan lagi kutipan kitar semula agar sisa plastik tidak menjejaskan persekitaran negara. 

Buat pengetahuan umum, Malaysia menjadi antara negara yang miliki isu pengurusan sampah plastik – setakat 2020 sahaja Malaysia didapati memiliki sekitar 148,000 metrik tan melibatkan bungkusan plastik makanan.