Artikel

Malaysia Sasar Tiada Lagi Penggunaan Beg Plastik Pada 2025

Mejelang tahun 2025, Malaysia meletakkan sasaran tiada lagi penggunaa beg plastik pada semua premis dan sektor perniagaan di seluruh negara.

Langkah itu pada menurut Kementerian Sumber Asli, alam Sekitar dan Perubahan Iklim dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan premis tetap sebelum beralih kepada premis perniagaan merangkumi warung dan kawasan gerai tepi jalan.

Selain itu, untuk menggalakkan peralihan penggunaan beg plastik ini – difahamkan terdapat insentif akan dilaksanakan untuk manfaat perniagaan bersama. Namun pengenaan denda kekal dikenakan kepada peniaga yang masih menerapkan penggunaan beg plastik pada 2025 kelak.

Kementerian akan memperincikan usaha ini dari semasa ke semasa setelah mencapai pendekatan terbaik daripada semua pihak dan pemain industri. Secara menyeluruh, Malaysia menjadi antara negara yang miliki masalah pengurusan sampah plastik – setakat 2020 sahaja Malaysia didapati memiliki sekitar 148,000 metrik tan melibatkan bungkusan plastik makanan.