Artikel

BNM Perhalusi Rangka DITO, Lesen Pengendali Insurans & Takaful Digital – Sasar Muktamad Pada 2024

Bank Negara Malaysia (BNM) kelak bakal perhalusi beberapa bahagian pada Rangka Kerja Perlesenan dan Pengawalseliaan untuk Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) – yang telah diterbitkan pada November 2022 lalu. 

Tindakan ini setelah mendapat hasil maklum-balas bersama lebih 50 pihak berkepentingan, ia sekaligus akan menambahbaik model perniagaan baharu tersebut bagi memastikan penuhi piawaian operasi pasaran. 

Langkah itu termasuklah penambahbaikan untuk memperjelas model perniagaan yang baru muncul dan inovatif seperti insurans sertaan (embedded insurance) dan insurans sebagai perkhidmatan (insurance-as-a-service). Hal ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih meluas daripada peserta dalam rantaian nilai insurans dan takaful yang boleh mancapai hasil dasar yang dihasratkan dalam Rangka Kerja DITO.

Berdasarkan pelaksanaan, BNM menjangkakan akan memuktamadkan rangka kerja tersebut menjelang separuh pertama 2024 kelak.