Artikel

BNM Buka 5 Lesen Pengendali Insurans, Takaful Digital – Mulai Tahun 2023

Bank Negara Malaysia (BNM), kelak akan membuka peluang perolehan 5 lesen pengendali insurans dan takaful digital (digital insurers and takaful operators, DITO) di Malaysia bermula tahun 2023.

Langkah itu secara langsung membawa kepada aluan untuk pemain industri memberi maklum-balas berhubung Draf Dedahan Rangka Kerja Perlesenan dan Pengawalseliaan untuk pengendali Insurans dan Takaful Digital yang telah dikeluarkan pada hari ini (25 November).

Melalui DITO, ia dijangka dapat menjalankan perniagaan insurans atau takaful secara digital atau elektronik sepenuhnya. Hal ini seterusnya akan menggalakkan model perniagaan dan operasi baharu bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai melalui penawaran pilihan produk yang lebih banyak serta kualiti penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap.

Sasaran itu sekaligus memperkemaskan pengurusan risiko dan perlindungan kepentingan pengguna dari semasa ke semasa.

Untuk makluman selaras dengan bank digital – DITO berlesen akan melalui Fasa Asas yang tidak melebihi 5 tahun dan tidak kurang daripada 3 tahun untuk memaparkan pertumbuhan yang menyakinkan kepada BNM. Sekiranya gagal laksana exit plan mengikut ketetapan di bawah Draf Dedahan.

BNM pada makluman hari ini berhasrat memuktamadkan Dokumen Dasar dan mempelawa permohonan lesen DITO pada tahun 2023. Sehingga lima lesen akan diberikan kepada pemohon yang memenuhi semua keperluan yang ditetapkan.

Sebarang perincian lanjut boleh layari dan memberi maklum balas sebelum 28 April 2023 melalui [email protected]