Berikutan pengenaan caj transaksi DuitNow QR yang bakal dilaksanakan pada 1 November kelak – Maybank kini mengumumkan pihaknya tidak akan mengenakan sebarang caj transaksi ke atas peniaga yang menggunakan saluran DuitNow QR bagi penerimaan pembayaran.
Jelas Maybank, langkah pengecualian caj itu akan dikekalkan sehingga suatu tempoh yang akan diberitahu kelak. Maka untuk peniaga yang menggunakan Maybank DuitNow QR dimaklumkan tidak perlu khuatir akan sebarang caj tambahan, para peniaga boleh terus menerima pembayaran DuitNow QR tanpa sebarang caj.
Tindakan tersebut dijamin tidak akan dilaksanakan pada tempoh ini. Pada kenyataan rasmi ini, diharap semua peniaga Maybank peka akan pemberitahuan tersebut, sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal kepada para peniaga.
Umum ketahui, PayNet – Payments Network Malaysia iaitu pengendali disebalik DuitNow telah memaklumkan pengenaan caj transaksi DuitNow QR akan dimulakan pada 1 November kelak, ini bermakna para peniaga yang menerima pembayaran melalui saluran tersebut perlu bersedia akan sebarang caj.
Namun PayNet turut menjelaskan kumpulan peniaga perlu merujuk kepada perbankan berkaitan akan tarikh pelaksanaan caj tersebut. Setakat ini difahamkan selain Maybank yang mengecualikan fi tersebut, Public Bank turut laksana langkah yang sama.