Artikel

PayNet : Caj Transaksi DuitNow QR Ke Atas Penjual Bermula 1 November Ini

Sejak kebelakangan ini, terdapat isu yang berbangkit berhubung pengenaan caj pada transaksi melalui DuitNow QR. Rentetan isu tersebut, PayNet – Payments Network Malaysia kini mengesahkan vendor yang menerima pembayaran melalui kod DuitNow QR akan berdepan caj mulai 1 November kelak.

Jelas PayNet pada kenyataanya, caj kadar diskaun pedagang atau merchant discount rate (MDR) bukanlah suatu aturan yang baharu atau caj tambahan. Ini kerana sebelum ini ia hanya dikecualikan bagi menggalakkan penggunaannya kalangan peniaga dan pengguna. 

Selain kod QR, pembayaran menggunakan kad debit dan kredit telahpun dikenakan MDR. 

Menerusi pelaksanaan ini, PayNet menjangkakan ia tidak menjejaskan harga barangan dan perkhidmatan setelah pengenaan MDR diterapkan. Pada langkah itu, turut difahamkan dana rizab bakal diwujudkan menerusi MDR yang raih  bertujuan beri insentif kepada bank pemeroleh supaya tidak mengenakan sebarang MDR kepada peniaga kecil.

Selanjutnya berhubung pengenaan fi RM0.50 pula bagi setiap transaksi RM5,000 ke atas, ia dimaklumkan hanya melibatkan transaksi antara kod QR peribadi sahaja – tidak melibatkan pengenaan ke atas peniaga.

Maka melalui penjelasan ini, diharap semua pihak bersedia akan sebarang pengenaan caj yang akan bermula pada tempoh yang telah ditetapkan kelak.