GX Bank Berhad (GXBank), iaitu bank digital yang diterajui Grab kini menjadi yang pertama daripada 5 pemegang lesen bank digital di Malaysia – yang meraih pengesahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memulakan operasi mereka di pasaran kelak.
Buat pengetahuan umum, GXBank adalah anak syarikat GXS Bank, ia merupakan usahasama bank digital antara Grab Holdings bersama Singtel dan rakan konsortium Malaysia termasuklah Kuok Group.
Pada akses itu, ini sekaligus membolehkan Grab menyediakan perkhidmatan kewangan kepada kumpulan peniaga kecil dan kumpulan individu yang kurang diberi tumpuan secukupnya dalam sektor kewangan negara. Ini kerana kesan pandemik COVID-19 didapati 55% isi rumah di Malaysia telah alami penurunan pendapatan dan 50% pula berdepan kesukaran untuk menyimpan wang kecemasan sekurang-kurangnya sekitar RM1,000.
Berbalik kepada kemudahan itu, untuk peringkat awal – ujian rintis perkhidmatan ini dimaklumkan akan dilaksanakan ke atas kumpulan pengguna kecil terlebih dahulu melibatkan petugas mereka dan selanjutnya akan tersedia bersama pengguna skala besar secara berperingkat.