Artikel

Setelah Bawang – India Kenakan 20% Cukai Eksport Ke Atas Beras Rebus 

Selepas mengumumkan akan kenakan 40% cukai eksport ke atas permintaan bawang, India antara pengeluar besar dalam industri bekalan makanan kini melaksanakan tindakan baharu iaitu kenakan 20% cukai eksport ke atas permintaan beras rebus (parboil) berkuat kuasa serta-merta.

Ini adalah langkah susulan India untuk memastikan bekalan domestik mereka kekal terjamin dan mencukupi berikutan berdepan kesan perubahan cuaca, yang telah menjejaskan kapasiti pengeluaran bekalan makanan mereka.

Tindakan ini secara langsung berpotensi meningkatkan harga beras rebus India seiring dengan harga dari Thailand dan Pakistan. Situasi ini menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) secara langsung menjadikan pengguna dunia tiada pilihan akan kenaikan kos yang bakal berlaku.

Buat pengetahuan umum, India mengeksport 7.4 juta tan beras rebus setakat tahun 2022.