Artikel

Frank Kang Kini Dilantik Terajui Antler Malaysia – Perkasa Arena Startup Tempatan

Berbekalkan pengalaman lebih 17 tahun dalam industri keusahawanan global, Frank Kang kini dilantik oleh Antler – syarikat modal teroka global untuk terajui Antler Malaysia selaku rakan sekutu dan Pengurus Negara bagi memperkasakan lagi ekosistem startup tempatan merentasi pasaran global.

Melalui lantikan ini, negara kelak akan memperlihatkan penglibatan Antler dalam usaha melabur ke atas lebih 30 buat syarikat baharu negara di bawah Program Tesidensi Pengasas yang bakal dilaksanakan Oktober 2023 ini.

Buat pengetahuan umum, Antler merupakan syarikat pelaburan peringkat awal yang telah laksana pelaburan terhadapa lebih 792 buah syarikat di 26 buah bandar di seluruh dunia. Setakat ini, firma telah mengumpulkan nilai potforlio sekitar $3.7 bilion.

Berbalik kepada profil Frank, selain pernah meraih pelaburan usahawan bersama Softbank – beliau juga turut menjadi antara pihak yang bertanggungjawab membawa khidmat Twitter ke Korea Selatan dan seterusnya turut pernah terlibat dalam arena e-dagang. Maka menerusi kepelbagaian pengalaman ini, ia sekaligus akan menjadi nilai tambah buat negara, membantu startup tempatan menyesuaikan idea inovasi mereka bersama Antler mengikut permintaan semasa global.

Seperti yang umum ketahui, kemasukan Antler pada pasaran negara adalah hasil kerjasama dengan Khazanah Nasional Bhd. Selain Malaysia, Antler kini telah meluaskan jejaknya di arena startup Singapura, Indonesia dan Vietnam.