Antler, firma modal teroka antarabangsa kini meluaskan jejak antarabangsanya ke pasaran Malaysia bersama perkongsian Khazanah Nasional Bhd. Melalui kemasukan ini, secara langsung telah melengkapkan perluasan Antler di pasaran Asia Tenggara susulan telah tersedia di arena Singapura, Indonesia dan Vietnam.
Menerusi penyertaan Antler, ini akan merancakkan lagi platform startup di Malaysia dengan meluaskan peluang untuk bakat tempatan menampilkan pelbagai penyelesaian yang inovatif di peringkat antarabangsa.
Adanya kebersamaan di bawah Future Malaysia Programme, kerjasama ini akan membantu startup negara mengembangkan idea serta perniagaan tempatan di pasaran dunia. Dan selanjutnya menghubung bakat negara bersama pesaing antarabangsa.
Setakat ini, Antler telah melabur ke atas lebih 792 buah syarikat di seluruh dunia dan memiliki nilai portfolia sekitar $3.7 bilion.