Rakyat Malaysia kini boleh berkongsikan pandangan serta suara anda berhubung cadangan dalam isu belanjawan negara – yang bakal dibentangkan pada 13 Oktober 2023 ini. Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan ruangan kotak usul itu kini telah dibuka buat perhatian umum.
Adanya medium ini, ia secara langsung membuka peluang kepada semua pihak untuk menzahirkan pendapat tentang keperluan semasa masyarakat semasa, diimbangi dengan persekitaran ekonomi yang kelihatan menekan. Susulan itu, pandangan rakyat penting untuk menyokong pentadbiran negara untuk merangka belanjawan 2024 ini.
Maka bagi merealisasikan sasaran itu, rakyat boleh layari laman Cadangan Belanjawan 2024 untuk melontarkan pandangan anda. Berdasarkan ruangan yang tersedia terdapat 19 kategori yang dilampirkan untuk memudahkan rakyat memilih, melontarkan cadangan berhubung kerangka belanjawan kelak.
Ini antara pilihan isu yang dikemukakan di bawah Cadangan Belanjawan 2024:
- Subsidi bagi Makanan Asas dan Petrol
- Pengangkutan Awam
- Pendidikan Berkualiti
- Bantuan Tunai Langsung dan Kebajikan
- Rumah Mampu Milik
- Pemerkasaan Komuniti
- Pembiayaan Perniagaan
- Peluang Pekerjaan
- Kemudahan Kesihatan Awam – meliputi Kesihatan Mental
- Insiatif Hijau bagi Agenda Kelestarian
- Pelaburan Strategik dalam Sektor Utama
- Sains, Teknologi dan Inovasi
- Infrastruktur Awam – Akses Jalan Raya, Bekalan Elektrik, Air, Jaringan Internet
- Bantuan Pemulihan bagi sektor tumpuan – Pelancongan, Kreatif, Peruncitan, Pertanian
- Kecekapan Tadbir Urus Kerajaan
- Pembangunan Ekonomi MADANI
- Kecekapan Perbelanjaan dan Hasil Kerajaan
- Perlindungan Sosial
- Kecekapan dan Ketelusan Tadbir Urus Kerajaan